Pelajar UiTM maut akibat masalah berkaitan haba

In this news:

Ketua Polis Maran Wong Kim Wai berkata mangsa mengalami masalah berkaitan haba, termasuk kekurangan oksigen ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge Jumaat lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia akibat masalah berkaitan haba ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di kampus UiTM Jengka, Maran, Jumaat lalu.
Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, tengah hari semalam.
Ketua Polis Maran, Wong Kim Wai, mengesahkan mangsa itu antara dua pelajar yang dirawat di HoSHAS, manakala tujuh lagi dirawat di Hospital Jengka.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati pelajar itu mengalami masalah berkaitan haba, termasuk kekurangan oksigen ketika menyertai acara terbabit.
"Perkembangan lanjut akan diberikan selepas menerima laporan bedah siasat Fadhlan Fakhry," katanya menurut Berita Harian.
Sementara itu, UiTM Pahang dalam kenyataan mengumumkan semua aktiviti luar KKEC yang dijadualkan hari ini dibatalkan dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Fadhlan Fakhry.
"Universiti menggerakkan bantuan menyeluruh bagi memastikan segala urusan berkaitan jenazah, dokumentasi, pengangkutan serta sokongan emosi kepada keluarga diuruskan dengan sebaik mungkin dan tanpa kesulitan."
Katanya, Fadhlan Fakhry ialah pelajar tahun akhir program diploma di kampus Seremban dan mewakili UiTM Negeri Sembilan dalam acara berkenaan.
Jelasnya, KKEC ialah program tahunan membabitkan peserta Komander Kesatria dari cawangan UiTM seluruh negara. Ia adalah pertandingan ketahanan fizikal dan mental tahunan yang direka untuk menguji kekuatan fizikal, kemahiran taktikal, ketangkasan serta kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.
Menurutnya, program yang berlangsung dari 2 hingga 8 Sept ini di kampus UiTM Jengka itu mematuhi prosedur operasi standard kesihatan serta keselamatan ketat.
"Semua peserta diwajibkan menjalani saringan kesihatan sebelum program bermula, selain pemeriksaan kesihatan berkala sebelum setiap acara," katanya sambil menambah beberapa peserta diminta menarik diri selepas gagal dalam saringan akhir.
Tegasnya, UiTM mengambil serius kejadian itu dan akan terus memantau keadaan bagi memastikan kebajikan semua pihak terpelihara.

Top Trending Cryptocurrencies on The Market

Current Price

$0.1058
7 Days

Market Cap

$89.8M 1.44%

24h Volume

$18.1M

Supplies

1.0B / 1.0B

Current Price

$0.09497
7 Days

Market Cap

$133.5M 4.36%

24h Volume

$33.1M

Supplies

1.5B / 1.5B

Current Price

$1.180
7 Days

Market Cap

$80.5M 0.24%

24h Volume

$367.7K

Supplies

68.1M /

Current Price

$0.004716
7 Days

Market Cap

$94.9M 2.48%

24h Volume

$6.5M

Supplies

42.0B / 42.0B

Current Price

$0.8808
7 Days

Market Cap

$88.1M -10.62%

24h Volume

$513.4K

Supplies

100.0M / 100.0M

Current Price

$0.5551
7 Days

Market Cap

$165.4M 6.40%

24h Volume

$5.1M

Supplies

297.5M / 388.5M

Current Price

$3.200
7 Days

Market Cap

$114.3M 0.00%

24h Volume

$-

Supplies

35.7M / 35.7M

Current Price

$0.07163
7 Days

Market Cap

$135.2M 3.26%

24h Volume

$13.5M

Supplies

8.5B / 10.0B

Current Price

$0.1428
7 Days

Market Cap

$142.8M 0.04%

24h Volume

$22.8M

Supplies

1.0B / 1.0B

Current Price

$1,111.96
7 Days

Market Cap

$95.6M 0.01%

24h Volume

$-

Supplies

86.0K /

Current Price

$1.370
7 Days

Market Cap

$186.8M 0.10%

24h Volume

$1.1M

Supplies

136.5M /

Current Price

$0.9984
7 Days

Market Cap

$112.9M -0.05%

24h Volume

$186.1K

Supplies

113.1M /

Join Our 💌 Newsletter!

Get updates, insights, and reports on the latest industry trends.

You are subscribing to all our networks!
Notifications Login to see
Today

No Notifications